Aku,
aku adalah seorang insan yang tidak terlepas dari melakukan
penganiayaan kepada diri sendiri dan mungkin juga kepada makhluk MU yang
lain, sering melakukan kesilapan yang berulang kali, dan lupa untuk
bersyukur atas nikmat dan kurniaan MU serta sering lalai dengan suruhan
MU dan larangan MU. Aku, aku adalah manusia yang telah ditakdirkan oleh
MU untuk menjadi seorang wanita. Oleh itu hanya KAU yang paling
mengetahui ciptaan MU baik wanita atau lelaki, bahkan semua makhluk MU.
“Ya Allah, sesungguhya aku malu untuk ke syurga MU
namun aku juga tidak sanggup untuk menghadapi neraka Mu,
berikan aku maghfirah MU, ampunilah dosa-dosa ku.
berikan aku maghfirah MU, ampunilah dosa-dosa ku.
Sesungguhnya hanya KAU yang Maha Pengampun setiap dosa hamba MU”.
KAU
lah yang menjadikan manusia sebaik-baik ciptaan MU, yang terbaik antara
semua makhluk MU. KAU menciptakan Adam dan Hawa berpasangan. Sungguh
sempurna aturan MU. Setiap manusia diciptakan berpasangan antara lelaki
dan wanita. KAU mewujudkan perasaan kasih sayang antara Kaum Adam dan
Kaum Hawa, menjadikan setiap mereka saling memerlukan antara satu sama
lain, saling bergantungan untuk mewujudkan kesucian dalam hubungan
tetapi berapa ramaikah antara mereka yang memanfaatkan perasaan dan
hubungan ini untuk mencari keredhaan MU?
Tidakkah
mereka tahu KAU adalah tuhan mereka ‘lailahaillallah’, tiada tuhan
melainkan Allah. Tuhan yang telah menciptakan mereka, menjadikan mereka
sebagai pelakon yang memegang watak yang unik di pentas ini. Dan adakah
aku tergolong dalam golongan mereka yang lalai? Hanya KAU yang
mengetahui. Seandainya aku terlalai kepada MU oleh cinta makhluk yang
lain, KAU tunjukkanlah aku jalan untuk aku kembali kepada MU, untuk aku
merubah cara hidupku untuk menuju ke jalan MU.
“Ya Allah, sesungguhnya aku telah jatuh cinta kepada makhluk MU yang bergelar seorang lelaki,
aku mohon supaya KAU berkati hubungan kami.
aku mohon supaya KAU berkati hubungan kami.
Tetapi janganlah KAU biarkan kecintaan ku terhadap makhluk MU
melebihi kecintaan ku kepada MU,
aku mohon pada MU, ya Robb”
“Ya Allah, peliharalah hubungan kasih sayang antara kami
agar ianya tidak dinodai dengan tompok-tompok dosa.
Jadikan lah aku seorang wanita yang solehah dan taat kepada MU,
dan jika aku digelar sebagai seorang isteri di suatu masa nanti,
Jadikan lah aku seorang wanita yang solehah dan taat kepada MU,
dan jika aku digelar sebagai seorang isteri di suatu masa nanti,
KAU kurniakan lah aku suami yang bijaksana dalam urusan duniawi dan ukhrawi
serta titipkan lah untuk ku dan suami ku cahaya mata yang soleh dan solehah,
penyejuk mata penawar hati.
Jadikan lah kami ibu bapa yang menyayangi dan mengasihi anak-anak kami,
peliharalah keluarga kami”
peliharalah keluarga kami”
Ibu
bapa selalu mendoakan kebaikan untuk anak-anak tetapi adakah anak-anak
menghargai pengorbanan mereka? Doakan lah kebaikan mereka pada siang dan
malam mu.
“Ya
Allah, ampunilah kedua ibu bapaku dan kasihanilah mereka
sebagai mana mereka mengasihani ku semasa aku kecil sehingga ke saat ini”
~ AMIN ~
sebagai mana mereka mengasihani ku semasa aku kecil sehingga ke saat ini”
~ AMIN ~
No comments:
Post a Comment